Saturday 28 June 2014

Resepi Creampuff Mudah Jagung Masterchef


RESEPI CREAMPUFF MUDAH JAGUNG MASTERCHEF


 

            Sejarah penemuan creampuff ini masih belum jelas kerana terdapat banyak mitos berkenaan asal-usul penciptaan makanan ini. Ada yang berpendapat bahawa mitos ini mucul pada tahun 1540 oleh tukang masak yang bernama Catherine de’Medicini. Ada juga yang mempercayai bahawa kemunculan creampuff ini berasal daripada kebangkitan Perancis dan Itali.


            Resepi Creampuff jagung masterchef ini sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak terlalu banyak. Anak kecil anda juga boleh melakukannya sendiri. Namun, begitu hendaklah dengan pengawasan orang dewasa. Juadah resepi creampuff jagung masterchef ini boleh disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang bersama keluarga. Ianya enak dihidangkan bersama kopi panas atau teh tarik.  

 

Bahan-bahan untuk Inti Jagung

·         1 cawan air

·         ½ cawan susu cair

·         1 cawan jagung dalam tin

·         ½ cawan tepung kastard

·         5 sudu besar gula

 

Cara-cara Membuat Inti Jagung

1.      Kacaukan tepung kastard bersama air di dalam periuk. Gunakan api sederhana.

2.      Kemudian, masukkan  susu cair dan gula.

3.      Kacau sehinggan naik wap.

4.      Kemudian, masukkan jagung dan kacau sehingga masak.

5.      Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff.

 

Bahan-bahan untuk Resepi Creampuff Jagung Masterchef


·         125 gram tepung naik sendiri / tepung gandum + 2 sudu teh baking powder

·         100 gram butter

·         250 ml air

·         ½ sudu teh gula

·         3 biji telur

   

Cara-cara Membuat Resepi Cream puff Jagung Masterchef


1.      Panaskan air, gula dan butter di dalam periuk. Biarkan bahan tersebut mendidih.

2.      Masukkan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk lagi dan sejukkan.

3.      Pukul telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan dengan menggunakan mesin pengisar (mixer).

4.      Selepas itu, masukkan adunan tadi ke dalam piping beg.

5.      Picit adunan keluar sambil membentuk putaran bintang.

6.      Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan itu naik.

7.      Kemudian bakar di dalam ketuhar selama lebih kurang 30 minit sehingga permukaan puff menjadi kecoklatan.

8.      Gunting sedikit bahagian tepi puff tadi dan picitkan inti jagung ke dalamnya.